Friday, May 7, 2010

PENGLIBATAN AWAM DALAM KERAJAAN ELEKTRONIK

Perkara yang berkaitan dengan pengundian secara elektronik juga menimbulkan masalah lain yang dikatakan menjejaskan dialog awam, ketiadaan penglibatan secara bersemuka. Dengan ketiadaan pembuktian fizikal dalam pengundian oleh rakyat, bagaimana kita mengetahui pengiraannya betul? Pengundian secara elektronik bukanlah demokrasi elektronik.
Persoalannya adakah demokrasi elektronik menjadikan ahli politik lebih bermoral, mempunyai kesedaran atau bertanggungjawab?
Kerajaan Elektronik tidak boleh berdiri sendiri tanpa penglibatan proaktif rakyat. Kita mungkin memerlukan prinsip kepentingan awam yang dapat dikembangkan sehingga menjadi garis panduan am terutamanya berkaitan dengan tujuh aplikasi yang disasarkan kerajaan. Antara prinsip tersebut:
  • Rancang dan ukur keberkesanan Kerajaan Elektronik dan kejayaan ekonomi MSC dengan menggunakan petunjuk yang memperlihatkan impaknya dalam masyarakat dan dunia secara keseluruhannya selain daripada hanya mementingkan keuntungan daripada peluang pelabur MSC dan pembekal perkhidmatan.
  • Racangkan dan nilai kesan sosial Kerajaan Elektronik dan MSC dengan mengenda- likan penilai berkala untuk memastiKan la berkhidmat untuk kepentingan awam.
  • Gunakan kemudahan yang diberikan Kerajaan Elektronik dan MSC dan teknologi baru yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja dan menggalakkan persamaan di tempat kerja.
  • Galakkan pembangunan aktif dan menyihatkan di sektor awam dengan memperuntukkan sumber, latihan dan bantuan untuk ruang awam dalam Kerajaan Elektronik di mana rakyat boleh meneruskan kegiatan bukan komersialnya.
  • Galakkan kepelbagaian dan persaingan dalam kandungan untuk dimasukkan ke dalam Kerajaan Elektronik dan MSC sementara melindungi kebebasan dan hak rakyat untuk kebersendirian.
  • Gunakan Kerajann Elektronik dan MSC dengan memperuntukkan perkembangan capaian kepada perkhidmatan kerajaan dan maklumat; kita harus mempertingkatkan demokrasi dengan menggalakkan. penglibatan popular terutamanya dengan membenarkan perbincangan demokratik dan membuat keputusan dalam semua fasa pembangunan MSC.
  • Popularkan suatu bentuk pendekatan yang membanyakkan penglibatan atau penyertaan masyarakat untuk merealitikan Kerajaan Elektronik yang bermula dengan andaian sistem berfungsi baik apabila rakyat menggunakannya atau menerima kesan daripadanya yang dalam proses pembangunan ujian dan pembinaan semula yang bersifat prototaip.
Penglibatan awam merupakan perkongsian antara diri kita sebagai rakyat dengan kerajaan. Ia merupakan penerimaan cabaran untuk bertanggungjawab dan penglibatan yang mengatasi kepentingan diri—mungkin mengkehendaki perubahan tingkah laku, kebiasaan dan sikap dalam membina prasarana sosial baru.
Untuk memahami sepenuhnya peranan rakyat dan penglibatannya dalam kerajaan elektronik, terutamanya berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin hebat yang mengemukakan masalah baru mengkehendaki perubahan yang bersesuaian dengan faktor selain daripada yang bersifat teknlogi. Untuk memainkan peranan berkesan di peringkat nasional, penubuhan kumpulan kepentingan awam baru yang akan memperjuangkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kepentingan awam diperlukan. Adalah menjadi tugas kita untuk memastikan lebuh raya maklumat tidak meminggirkan apa yang kita nilai dalam masyarakat atau membawa kita Ke tempat yang tidak kita suka.

UTUSAN PENGGUNA, JULAI 1998, JIL 22 BIL 7, M/S 12

0 comments:

Post a Comment